Tuesday, July 20, 2010

Takziah

Salam. Semua, takziah diucapkan kepada keluarga Puan Dalila yang telah kembali ke rahmatullah, pagi jumaat semalam. Beliau meninggal dunia akibat kanser payudara yang telah merebak, dan menyerang hatinya.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Anak-anaknya masih kecil. Namun saya yakin mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan. Ya Allah, semoga Allahyarhamah Puan Dalila, dicucuri rahmat, dan aman di alam barzakh, insyaAllah.

Betapa mati sangat dekat, kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi kepada kita, walaupun sesaat. Keluarga mahupun harta, semuanya ditinggalkan di dunia. Hanya amalan yang mampu menyelamatkan diri daripada azab dan seksaan di alam barzakh.

No comments:

Post a Comment