Sunday, December 26, 2010

cherry saya hilang :(









Sesiapa ada ternampak kucing saya, Cherry nama dia, sila bg tau saya ye? dalam gambar dia baru 2 bulan.
Sekarang dh hampir 7 bulan.
:(( sedih sangat.. :(( pencuri jahat!!

Friday, December 24, 2010

Happy birthday to me!! :D


Salam~

Hari ni 24 Disember 2010. Hari ni adalah hari yg bes, sbb hari ni adalah birthday saya! :D
Malam tadi, (terima kasih kepada syera and sahli) kerana sudi menjemput saya dan meraikan birthday dgn kwn2 silat yg lain, fad, lan, haris, ain, farhan dan (lupa nama lg sorg). Kek coklat sedap! hehe. :)
Terima kasih semua, love u guys.

kepada my housemates, terima kasih juga sbb meraikan birthday saya tadi, dgn kek coklat cheese yg comel. :D syg kamu semua juga.

Terima kasih kepada family yg wish, kawan2 yg wish. Terima kasih byk2. Barulah kita tahu siapa yg ingat kita, siapa yg lupa.

Terima kasih Allah kerana memberi keizinan utk diriku bernafas sehingga saat ini, iaitu hari lahirku yg ke21.
Ada org kata kunci kebebasan, tp x kisah sgt yg tu.
Yg penting, dh leh mengundi! hehehe~

Salam sayang, xoxo daripada miss bubububu. :D

Friday, December 17, 2010

Terjumpa

Salam.
Tadi membawa hati yang lara pergi ke suatu tempat. Tempat yg penuh dgn buku semestinya!
sekali, terjumpa dengan senior yang telah diceritakan dalam post yg lepas. tak sangka. :D
dahsyat kan. baru je ckp, terus jumpa. dah nk dekat setahun lebih x jumpa diorg. :) seperti biasa, yg lelaki dgn kot nya, perempuan yg wajah mix cina itu berbaju kurung (time ni lunch hour). Tapi yg lelaki tak kenal saya sgt, dan hanya lelaki yg pandang muka saya, bukan yg kakak perempuan tu. (sbb kakak tu kat dpn).
Comel je, dh nk kahwin plak tu.. huhu. jeles.

Wednesday, December 15, 2010

A quote by a bestfriend

(Tengah borak kat ym)

miss bubububu:  oh sy sgt fail bab lelaki ni.
kawan miss bubububu : semua org once said that
but after you met the right person
you'll realise selama ini
you were born to understand that type of person 
or perhaps that very person


Ayat yg dikalerkan warna pink itu sangat menarik. tak rasa macam tu ke?








Monday, December 13, 2010

Perasaan.

Tengah hari tadi saya menangis.

Malam ini saya ketawa.

Bagaimana esok?

Friday, December 10, 2010

Baru habis exam..~~


Salam~~
hehehehe.. saye dah habis exam nervous system. :)
alhamdulillah. doakan saya dengan kawan2 saya pass ye kawan2.
:)

jap lagi nak balik rumah. selamat tinggal Cyberjaya. (macam lama je, isnin ada kelas)
Baru lepas kemas rumah. lalalala.
miss my family soooo muuuccchhh~

p/s: terima kasih kepada kawan2 yg bersama saya sampai malam utk study setiap hari.
:D

Salam~~

Wednesday, December 8, 2010

mari kita bergumbira

Salam. saye esok ada exam. tapi leh plak taip2 blog. hue hue hue.
kenape dengan saye?

Saye tengah angau.
ha angau? Angau ape itu?
Yup, mengenai cinta.
Ha? Sejak bila bercinta nih?

Hahaha.. saya tengah angau dengan orang yang belum saya jumpa. (lagi dahsyat)
Tadi scroll2 fb.. pastu terjumpa profile sorg senior perempuan ni. dia gf kepada sorg senior lelaki ni. (saye kenal dua-dua).
Lepas tu, skarang diorg dh grad. dua-dua ambil kos sama. dua-dua tu bakal peguam.
Comel je. Diorang dah rapat since 2005. Skarang 2010. Bayangkan, dah nak kahwin/tunang pun.
Tumpang bahagia.
Lelaki tu mmg my type. (hehehe). Perempuan tu pun for me, decent je. bukan muka clubbing ke apa. Sangat comel, dan baik hati.
Jadi tumpang gembira. Tahniah tahniah.

Ooh pasal saya.. hm, despite of what had happened,
I need to look forward, never look back. Be stronger day by day.
Dan akhirnya saya tahu sumber kekuatan saya.
Dan salah satu sumber kekuatan saya, is my future life partner yang belum saya jumpa lagi and my valuable friends.
Saya takkan serik untuk percaya adanya manusia ikhlas dalam dunia, walaupun nampak macam dah tak ada!
I'll meet them! :)

:) :) :) lets be happy!

Sunday, December 5, 2010

Friend

"Hi, my name is Maria."
"Hi, my name is Siti."

"Hi, my name is..." We always hear people saying this. But do people treasure or value friendship?
the answer is : NO

You'll get hurt when you trust people.
Its hard to find a trustworthy friend.
I've learnt it today.

thank you friend.

Saturday, December 4, 2010

Change

I want to change.
Hate being a person that is stupid.
Hate being a person that trust people easily.
Hate being kind to others but people disregard me.

I want to change.
I'm done.

Friday, December 3, 2010

Why we should marry a doctor?

I wrote this because of the high demand… huhui…. ^_~
1. The stethoscope.
2. They can give you the gift of “missing them” because they are always at work.
3. They can give you a free medical consultation.
4.You save yourself the embarrassment of going to a doctor with a water infection!!
5. They are smart!!
6. They are heavy weight party people in the weekend
7. They can check your hear rate when u angry….!!
8. They are well trained to listen.
9. They know how you feel, or at least pretend to!!
10. They always have a strange new story to tell.
11. They offer you a tissue when you feel like crying (it is a reflex).
12. They can stay up all night if you want them to accompany you watching a horror movie because they are used to have ‘on call’.
13. They can guide you in the gym.
14. Money!!! (Although they work long hours for it)
15. Free medical samples!!
16. They are unshockable!!!
17. They know what you want to hear and say it!!
18. They always try to dress nice!!

Kisah aku dan dia 2

Masa Sya nak keluar rumah, tiba-tiba nenek panggil Sya. 
"Ye nek!"
"Sya nak pergi mana tu nak?"
"Sya nak main bola dengan Amin!"
"Balik sebelum senja tahu!"
"Baik nek!"
Sya kena menjerit sebab nenek jauh kat dapur. Amin kata dia ada bola baru, ayah dia belikan. Pastu dia kata dia nak main dengan Sya. Jadi ni yang Sya nak pergi jumpa Amin ni.

....................................................................................................................................................................
Sya nampak Amin lambai-lambaikan tangan dia. Sya pun larilah sebab nak cepat sampai. Tapi Sya tak nampak ada akar pokok, lepas tu tahu-tahu je Sya dah ada kat tanah. Rasa pedih betul lutut. Sya nampak Amin cepat-cepat lari pergi kat Sya. Amin tolong Sya bangun.
"Yang Sya lari tu kenapa?" Amin cakap sambil bangunkan Sya.
"Sya nak cepat, tengok Amin dah sampai."
"Lain kali tak payahla lari. Kan dah jatuh."
"Sya minta maaf Amin."
"Tak apalah Sya. Sakit tak?"
"Sakit sikit."

Tiba-tiba Sya tengok muka Amin jadi lain. Sya tanyalah kenapa.
"Sya jatuh, lepas tu luka lagi. Amin sedih tengok Sya sakit. Kesian Sya."
Bila dengar Amin cakap macam tu, Sya rasa Amin memang baik. Sya suka kawan dengan Amin.

"Kita main bola esok esok jelah. Jom pergi rumah Amin. Amin sapu ubat," Amin cakap lagi.

Sya pun ikut Amin. Rumah Amin tak jauh sangat dengan rumah nenek. Sya nampak ada sungai dekat dengan rumah Amin. Cantik.
"Amin, nanti kita pergi duduk tepi sungai tu tau."
"Ok. Tapi kena sapu ubat dulu."

...................................................................................................................................................................

"Amin, cantik kan belalang tu?" Belalang yang Sya nampak tu badan dia panjang, mata dia bulat.
"Apelah Sya ni, itukan pepatung."
"Pepatung? Pepatung ke nama dia?"
"Aah. Nama dia pepatung."
"Amin, kenapa nama dia pepatung?"
"Cuba Sya teka."
"Sebab dia macam patung?"
"Aah. Pandai Sya."
"Tapi dia tak macam barbie doll Sya pun... " Sya tengok pepatung tu betul-betul. Langsung tak sama dengan barbie doll yang mama belikan dulu.
Amin ketawa pulak.

"Nape Amin ketawa? betullah, tak sama dengan barbie doll Sya."
"Nama dia pepatung, sebab dia macam patung. Patung kan benda yang tak bergerak. Barbie doll Sya kan tak gerak?" Sya fikir sekejap. Betul jugak cakap Amin tu.
"Aahlah Amin. Pandai Amin."
Amin senyum lagi. Kitorang duduk kat tepi jambatan kayu. Bawah jambatan kayu ni ada sungai. Cantik. Sya suka sungai ni. 
"Amin, cantikkan sungai ni. tempat ni cantik. ada pepatung, ada ikan."
"Aah. Sya tahu tak siapa yang buat?"
"Tak tahu. Sya tak pernah nampak ada orang bersihkan tempat ni selalu"
Amin senyum lagi. Lepas tu dia cakap, "Allah yang ciptakan. Allah ciptakan sungai, awan, ikan, pepatung, Amin, Sya. Semua benda kat dunia ni Allah ciptakan, Sya."
"Jadi, bola amin yang kita nak main tadi tu Allah ciptakan jugak ke? Bukan ke bola tu buat kat kilang?"
"Sya, bola tu memang buat kat kilang. Tapi kalau Allah tak izinkan, bola tu tak akan jadi. Contohnya, tiba-tiba mesin kat kilang tu semua rosak tiba-tiba. Jadi bola tu tak dapatlah dibuat kat kilang tu."
"Jadi semua benda kat dunia ni Allah yang buat?"
"Aah. Macam Amin ni ada pun sebab Allah tau."
"Oooo....Kiranya Mama jadi Mama Sya sebab Allah ke?"
"Aah. Mama Sya kahwin dengan Papa Sya, lepas tu Allah bagi Sya sebagai hadiah diorang."
"Jadi Sya ni hadiah yg Allah bagi pada Mama dgn Papa?"
"Aah." Amin cakap sambil angguk-anggukkan kepala dia.
"Wah, bestnya. Tak sangka Allah pilih Sya."
Amin senyum sambil angguk-anggukkan kepala dia. Sya suka dengar Amin cerita macam-macam. Banyak benda baru yang Sya tahu.

Tak lama lepas tu Amin teman Sya balik rumah.
"Sya, nanti luka tu dah baik, Amin ajar main bola, ok?"
"Yeay. Amin janji?"
"Mestilah janji. Bye Sya"
"Bye Amin!"

Today.

When I've almost lost in my own complicated world, suddenly this little baby girl stared at me and did the most beautiful thing - she smiled. A smile to a complete stranger who is unmotivated, frustrated with herself. At perfect time in a perfect situation.

:(

I thought last week is the worst.

But today I've found out..

This week is worse than last week.

Tuesday, November 23, 2010

A Dream

There were new books at the library, and I've taken a look at them.
New covers, new topics. I randomly picked some books, read the reviews and have a look at the title.
Accidentally, I picked up a book which is written by my friend's mum.
I flipped the pages, and read the biography.

Suddenly this reminds me about one of my dreams in this five years time until I graduate.
My dream is, to write my own book, a novel as a starter.
At least, if it is not published, I have one complete manuscript of a story. :)
However, because of the busyness that could not be avoided, I somehow 'forgot' about my plans.
I already have the synopsis, the storyline, but I did not have time, to get books to do some research about what I've wanted to write.
Well, thank you Allah, for reminding me back about this long-time dream of mine.
Hopefully I will be a writer that could produce a masterpiece that benefits human in this world.

Salam.

Feels like killing myself.

I don't want anybody causing that person to be sad again.. but today, I am the one who made that person sad.

Hate myself.
2 days ago,
I received news my brother is sick, I myself is still in shock, trauma, fear, lost of my spirit from what had happened that day.

Yesterday,
My friend told me the most unreasonable reason why he ditch me, his best friend.
My friend wanted me to give commitment when he actually knows what i've been through now.

Today,
Frustrated with no improvement at all in results. Feel stupid shit.
Made someone sad, which is the thing I don't want to do the most. Miserable.

Yeah I am miserable.
Sorry if my existence causing trouble to any of you.
Bye.



Saturday, November 20, 2010

InsyaAllah

Everytime you feel like you cannot go on 
You feel so lost 
That your so alone 
All you is see is night 
And darkness all around 
You feel so helpless 
You can`t see which way to go 
Don`t despair and never loose hope 
Cause Allah is always by your side 

Insya Allah 2x 
Insya Allah you`ll find your way 

Everytime you can make one more mistake 
You feel you can`t repent 
And that its way too late 
Your`re so confused,wrong decisions you have made 
Haunt your mind and your heart is full of shame 

Don`t despair and never loose hope 
Cause Allah is always by your side 
Insya Allah 2x 
Insya Allah you`ll find your way 
Insya Allah 2x 
Insya Allah you`ll find your way 

Turn to Allah 
He`s never far away 
Put your trust in Him 
Raise your hands and pray 
OOO Ya Allah 
Guide my steps don`t let me go astray 
You`re the only one that showed me the way, 
Showed me the way 2x 
Insya Allah 2x 
Insya Allah we`ll find the way

I believe in Him.

Hari ini.

I've received a shock news just after the camping. My mum text, and saying that my brother couldn't walk, even stand up.

Friends, please pray for my brother. Hoping that Allah will give us the strength to face this situation.

Thursday, November 18, 2010

CST class

Salam.
Sekarang ni sepatutnya ada kelas CST. Tapi sekarang dah 2.16pm.
Ha, kenapa? sebab, lab habis lambat. kul 1.45pm.
Ok dr hazian is here.
gtg, bye!

Wednesday, November 17, 2010

Siapalah aku

Lirik siapalah aku..

Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza

Biarlah usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri

Biarlah tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku

Hm, saje je, letak. Cuma, apabila seseorang itu jatuh cinta, dia akan cuba gembirakan orang yang dia sukai, walaupun pada hakikatnya akan memakan diri sendiri.

Sharing with you the Thought for Today

Tuesday, November 2, 2010

kisah aku dan dia 2

"Sya, jangan pergi jauh-jauh, hari dah mendung ni." Kata nenek. "Ye nek, Sya pergi sekejap je."
Sya nak jalan-jalan. Tak seronok tinggal dalam rumah.'

Eh, hujan pulak. Alamak, nenek mesti marah Sya sebab baju dah basah. Ha, depan tu ada pokok!
Eh, ada budak lelaki kat tengah jalan la. Apa dia buat tu? Ada basikal tapi tak nak naik pulak.
"Err.. kenapa ni?" Sya tanya dia. Dia duduk kat tengah jalan dengan basikal dia.
"Basikal aku rosak.Aku nak tolak, tapi basikal ni berat."
"Mehla, Sya tolong tolak sekali". Berat betul basikal dia.
"Ko tolaklah kuat sikit"
"Sya tengah tolaklah ni." Sya cuba tolak sekuat yang boleh. Iyaaah!

Tak lama lepas tu, Sya dengan dia pun sampai bawah pokok. Kitorang sandarkan basikal dekat pokok tu.
"Terima kasih sebab tolong aku. Nama aku Amin."
"Sama-sama. Nama Sya, Sya"
Tiba-tiba Amin ketawa. Sya tanyalah dia kenapa dia ketawa. Lepas tu dia jawab "Tak ada apa-apa. Kau ni comellah Sya."
Kitorang tunggu sampai hujan berhenti.  Amin kata tayar basikal dia bocor. Sya pun tanya, 'bocor' tu apa?
Amin cakap bocor tu, bila udara dalam tayar tu keluar sebab tayar tu rosak. Tiba-tiba Sya teringat papa. Selalunya Sya akan tanya papa kalau Sya tak faham.
"Sya, kau tinggal kat mana? Nanti aku teman kau balik lepas hujan ni berhenti."
"Sya tinggal dengan nenek. Rumah yang warna kuning tu."
"Mak dengan ayah kau?"
"Nenek kata diorang dah tak ada kat dunia ni." Tiba-tiba muka Amin nampak lain. Muka dia macam sedih.
"Mak ayah aku hidup lagi. Kalau diorang dah tak ada, mesti aku sedih. Kau tak sedih ke Sya?"
"Nenek aku cakap, nanti aku boleh jumpa diorang, Amin." Sya senyum. Sya percaya cakap nenek betul.
"Betul jugak apa yang nenek kau cakap tu" Amin senyum balik. Walaupun Sya tak faham sangat apa maksud dia, tapi Sya seronok tengok dia senyum. Tak seronok kalau tengok orang sedih., nanti Sya pun jadi sedih jugak.
"Eh hujan dah berhenti, meh aku teman kau balik."
"Terima kasih Amin."

.............................................................................................................................................

Nenek ada kat muka pintu. Muka nenek nampak risau tapi nenek tengah pandang tempat lain.
"Nenek!"
Nenek datang kat Sya, lepas tu peluk Sya. Sya ingatkan nenek nak marah sebab baju Sya habis basah, tapi rupa-rupanya tak.
"Sya pergi mana sayang? Nenek risau tahu?"
"Sya tunggu hujan berhenti dengan Amin. Kitorang duduk bawah pokok sampai hujan berhenti."
Nenek pandang Amin. "Terima kasih Amin, sebab hantar cucu nenek balik." Nenek senyum kat Amin. Sya ingat nenek nak marah Amin tadi.
"Sama-sama nenek. Sya tolong Amin tolak basikal Amin tadi."
"Basikal ni, mesti berat. Kamu anak Hashim kan? Takpelah, nenek pun nak ke sana nak jumpa mak kamu. Basikal kamu tu berat. Kita tolak sama-sama yer. Sya, ambil tuala lap badan tu. Ambilkan sekali tuala untuk Amin ni, ada kat dalam laci tepi dapur tu." Sya pun cepat-cepat masuk dalam rumah, ambilkan tuala untuk Amin sekali.

Thursday, October 28, 2010

Admire


I always admire my mum and dad.. (sempat lg nk exam tulis blog).

They always been in love even they've been together for more than 20 years. I really admire their love for each other. What makes their love and relationship more special is, always their opinions are being said at the same time, at the same second, and by the same words, as if they can reach each other's mind. :)

Haha, the latest is, i've texted my mum and dad to pray for me tomorrow, and they replied with the same one answer. :) well, what can i say is - I envy their love and their compatibility. I hope I'll find one. :)


nk jd bride yg bahagia~~
(leh x nnti nk photoshoot kt sini?)

Wednesday, October 20, 2010

kelas hari ni

Semalam balik lewat, terlepas waktu skema untuk tidur.
Makan malam, pastu teringat prof hamdan kata x elok tidur lepas makan. So bersandar la kt sofa, sambil tengok-tengok laptop.
Dr dah masuk kelas. duduk second row pun x efficient nak buat macam2 style, sebab lecturer kali ni tinggi.
Nak tido lagila, jangan harap.

tapikan ari ni ngantuk. tidur lambat, bangun pun lambat.
dah ambil kek coklat yang x sedap, and minum teh o' pagi2 ni. (kalau kopi, confirm sakit perut + sedawa sedawa)

perasaan sekarang?
tak ada emosi.
betul, nak tanya, nape manusia ada emosi? menyusahkan hidup je.

byebye.

Orang kata..

Orang kata
"Lebih baik menerima orang yang sukakan kita, daripada kita menerima orang yg kita sukakan"

Tuesday, October 19, 2010

kak di

Salam semua.
Harap kak di cepat sembuh. Semoga baby selamat, dan kak di sihat selalu. Amiin.

Nothing i can do much for her, only doa.

(I always read her blog : http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/)

Could you help me remember to smile?

Could you help me remember to smile?

You know I Can't Smile Without You,
I Can't Smile Without You,
I can't laugh
and I can't sing,
I'm findin' it hard to do anything. 

You see, I feel sad when you're sad,
I feel glad when you're glad,
If You only knew what I'm going through,
I just Can't Smile Without You. 

You came along just like a song
and brightened my day,
Who'd've believe that you were part of a dream
Now it all seems light years away. 

And now you know I Can't Smile WIthout You,
I Can't Smile Without You,
I can't laugh and I can't sing,
I'm finding it hard to do anything. 

You see, I feel sad when you're sad,
I feel glad when you're glad,
If you only knew what I"m going through,
I just can't smile. 

Now some people say happiness takes so very long to find.
Well I'm finding it hard leaving your love behind me.
And you see,
I Can't Smile Without You,
I Can't Smile Without You,
I can't laugh
and I can't sing,
I'm findin' it hard to do anything.
Y ou see, I feel sad when you're sad,
I feel glad when you're glad,
If You only knew what I'm going through,
I just Can't Smile Without You 

Why can't you understand?
*heartbroken*

Sunday, October 17, 2010

Adik oh adik

Emotionally exhausted.

Kesian adik. Apa yang kakak boleh bantu kamu?
Hanya diri adik yang boleh bantu diri sendiri..

p/s: x tau rasa apa skarang ni. serius bercampur aduk.

Thursday, October 7, 2010

:)

CINTAMU

Nota Cinta Lama Ku Jadikan Lagu
Walau Tidak Seindah Bisik Kata Yang Kau Beri
Tetap Dalam Hati
Siang Malam Menanti
Tak Jemu Aku Dibuai Kerinduan

Belum Pernah Ada Getaran Sebegini
Memang Benar Aku Dilanda
Cinta Kepadamu

Bercahaya Hidupku Dalam Taman Cinta
Sehingga Segalanya Seperti Pelangi
Kau Sambutlah Rindu
Jangan Lepas Lagi
Ku Patri Setia Seteguh Kasihmu
Buatku

Kini Ku Temui
Insan Yang Ku Sayangi
Sentiasa Disisi
Bagai Bintang Yang Berseri
Tetap Dalam Hati Siang Malam Menanti
Tak Jemu Aku Dibuai Kerinduan

Belum Pernah Ada Getaran Sebegini
Memang Benar Aku Dilanda
Cinta Kepadamu

Bercahaya Hidupku Dalam Taman Cinta
Sehingga Segalanya Seperti Pelangi
Kau Sambutlah Rindu
Jangan Lepas Lagi
Ku Patri Setia Seteguh Kasihmu
Buatku

Satu Jawapan Engkau Berikan
Bisaku Rasa Segala Rahsia Asmara
Kau Pesona Cinta
Yang Membawa
Bahagia

Bercahaya Hidupku Dalam Taman Cinta
Sehingga Segalanya Seperti Pelangi
Kau Sambutlah Rindu
Jangan Lepas Lagi
Ku Patri Setia Seteguh Kasihmu
Buatku...

Kisah aku dan dia 1

Mama? Papa? Sya kat mana ni?
Sya nampak nenek.. "Nenek, Sya kat mana ni? Mama? Papa?". Sya bingung, mana mama dengan papa?
Tiba-tiba nenek peluk Sya. "Nenek?" Sya nampak pipi nenek basah. Nenek nangis?
"Sya, mama dengan papa sya dah tak ada.."
Mama dengan papa tak ada? Mama dengan papa pergi mana? Sya tahu, mama dengan papa tak akan tinggalkan Sya. Sya tahu tu!
Sya tanya nenek lagi, "Nenek, mana mama dengan papa? Mama dengan papa pergi outstation ke? Tapi mama dengan papa tak pernah sebut pun? Tadi baru je kitorang naik kereta sama-sama. Kenapa nenek nangis ni. Nanti kita jumpa papa dengan mama sama-sama yer nenek. Kalau Sya tengok nenek nangis, nanti Sya nangis sekali. Nenek, janganlah nangis"  Nenek terus tersenyap.. mata nenek keluar airmata  lagi..
Nenek, kenapa ni?

....................................................................................................................................................................

"Nenek, nape Sya tengok mama dengan papa tidur je?" Sya tanya nenek sambil kejut mama.Pelik, selalu mama cepat je bangun. Nenek cakap, " Sya, mama dengan papa, dah tinggalkan semua orang Sya.. Sya kejut macam mana pun, diorang takkan bangun Sya. Mama dengan papa dah pergi tempat lain, yang jauh. Mama dengan papa, dah tak ada kat dunia ni Sya"
"Nenek tipu Sya. Ni mama dengan papa ada ni. Diorang mana ada pergi tempat lain? Mama, bangunlah ma.. Ma.. Mama tak pergi mana-mana kan?" Sya tengok muka mama, dah tak merah dah. Sejuk, keras. Kenapa dengan mama?
"Papa, bangun.. Papa janji kan nak bawa Sya pergi tepi pantai minggu ni? Papa.. Papa, bangunlah"
Tiba-tiba, ada orang pakaikan kain warna putih pada Mama dengan Papa Sya. Sya tengok Mama dengan Papa tak gerak langsung.

....................................................................................................................................................................

"Jangan tanam mama dengan papa Sya dalam tanah! Mama! Papa! Bangunlah! Orang nak masukkan Mama dengan Papa dalam tanah! Mama! Papa bangun!" Sya cuba panggil Mama dengan Papa masa pakcik-pakcik masukkan Mama dengan Papa dalam tanah. Tapi mungkin Mama dengan Papa tak dengar suara Sya, sebab Sya tengah nangis. Sya nak selamatkan Mama dengan Papa!
Sya tak tau nak buat apa. Sya cuba minta tolong dengan pakcik yang berdiri tepi lubang.
"Pakcik, tolong berhentikan orang-orang ni. Diorang nak tanam Mama dengan Papa Sya. Pakcik, tolonglah pakcik, berhentikan orang-orang ni semua. Pakcik.. " Sya tak dapat cakap lagi. Kenapa orang -orang ni kejam. Sya tak boleh berhenti nangis.
"Pakcik, tolonglah berhenti pakcik.. tolonglah berhenti. Mama dengan papa Sya kat dalam tu.." Sya menangis lagi. Baru je Sya nak terjun dalam tanah tempat diorang tanam, sebab nak selamatkan mama dengan papa, tiba-tiba nenek peluk Sya.

"Nenek lepaskan Sya nek! Diorang jahat, diorang nak tanam mama dengan papa!"
"Sayang, nenek ada ni.. Diorang tak jahat Sya.. Nanti Sya faham bila Sya besar. Nenek janji.
Sekarang ni, mama dengan papa, nak pergi tempat yang cantik, Sya kenalah gembira untuk Mama dengan Papa. Nanti satu hari nanti, Sya pun akan pergi tempat cantik tu. Tapi bukan sekarang."
"Yeke nek?" Terus air mata Sya nak berhenti.
"Yer sayang, tapi Sya kenalah rajin doakan Mama dengan Papa. Walaupun Mama dengan Papa dah pergi tempat cantik tu"
"Terima kasih nek. Nanti Sya nak pergi sana, Sya bawa nenek sekali. Kita semua pergi tempat cantik tu. Mesti seronok"
Sya nampak air mata nenek mengalir lagi. Nenek nangis lagi.
"InsyaAllah Sya."

Friday, October 1, 2010

Hari ni.

Hari ni, pengalaman yang paling dahsyat.
Tembak menembak paling hebat dalam sejarah hidup. Tak pernah aku tembak camni banyak. Tak kisah la lulus ke fail.. <<< jgn ikut contoh.
Tataula, serba tak kena, baru pas exam, ada test lagi. Belajar x tentu hala, utk event, byk tangguh, kene buat action plan, byk benda x siap lagi~~ AAAA.

Lepas ni nak pergi penang plak, majlis bertunang sepupu. I just mis my family, tapi sbb my family kene pergi Penang, terpaksalah ikut. :( I just want quality time with them, since Raya this year is very busy, and hectic.. :( I miss the old times. :( tapi kene pergi ikut rombongan plak.. :( x best.



Sunyi la. Rasa sunyi dalam hati, walaupun stress stress.

Thursday, September 30, 2010

Cinta vs Kawan

Mimi dan Faris bersahabat sejak kecil lagi, main pasir sama-sama, main masak-masak, main guli, main gasing. Persahabatan mereka dibina sejak dari kecil lagi.
Pada suatu hari setelah lebih kurang 20 tahun selepas itu, Mimi berkata kepada Faris, "Faris, sebenarnya Mimi dah lama sukakan Faris. Faris sukakan Mimi?" Faris terdiam, tak tahu nak cakap apa. Faris sudah lama menganggap Mimi seperti ahli keluarganya. Namun hendak mengatakan tidak, terlalu berat baginya, apatah lagi  Mimi sudah seperti adiknya sendiri. Sudah tentu, Faris tidak mahu melihat Mimi menangis kerananya. Sedangkan melihat Mimi menangis kerana terjatuh sewaktu kecil dahulu dia tidak sanggup, apatah lagi jika dia menjadi orang yang akan membuat Mimi menangis dan berduka. Tentu tidak!.Faris ternyata amat menyayangi Mimi yang sudah dianggap adiknya itu.

Cinta, terdapat berbagai-bagai jenis. Ada yang gila, ada yang buta, ada yang sorok-sorok. Cinta itu indah dan juga menyakitkan. Dalam masa yang tidak sampai seminit, perasaan mampu berubah dari gembira menjadi sedih. Kekasih curang, bertengkar, salah pilih baju, lambat jemput, dan macam-macam lagi yang boleh dijadikan sebab. Kisah Mimi dan Faris ini barangkali selalu kita dengar, namun jarang kita bertemu dengan orang seperti Faris. Kerana terlalu sayang kepada Mimi yang telah dianggap adik, dia tidak mampu untuk berterus-terang tentang perasaannya sendiri. Akhirnya, jika dia menerima Mimi dan cuba membalas cinta Mimi, akhirnya mereka berdua yang akan menderita. Saya yakin, walaupun jarang ada orang sebegini, di luar sana, ramai sahaja 'Faris' yang perlu berhadapan dengan perkara yang sama. Mungkin bukan dengan 'Mimi' tetapi dengan kehendak ibu bapanya, terhutang budi dan sebagainya.

Namun bagi 'Faris' di luar sana yang berhadapan dengan situasi seperti yang di atas, anda dinasihatkan berterus-teranglah. Tiada sebab untuk anda tidak berterus terang. Mungkin ya, si 'Mimi' akan gembira,namun ianya hanyalah untuk seketika cuma. Derita yang mahu dielakkan di awal perhubungan dahulu, hanya akan menjadi parah. Mimi itu tidak akan gembira dengan mengetahui bahawa Faris hanya berpura-pura sukakan dirinya. Faris seolah-olah membohonginya, dan atas dasar itu, kepercayaan Mimi kepada Faris akan berkurang, dan akhirnya mereka berpisah. Mereka berpisah, dan menjadi terlalu jauh antara satu sama lain, hinggakan persahabatan yang bertahun-bertahun antara mereka terputus begitu sahaja. Sia-sia sahaja mereka berkawan baik, dan ini berlaku hanya kerana satu punca, iaitu Faris tidak berterus terang akan perasaan sebenarnya.

Jika Faris berterus terang pada Mimi, dan jika persahabatan mereka selama ini benar-benar ikhlas, tiada perkara buruk yang akan berlaku. Mimi, seperti Faris, sudah tentu tidak mahu melihat Faris bersedih, apatah lagi jika kerananya. Saya yakin, Mimi mampu menghadapi situasi tersebut, jika persahabatan mereka benar-benar ikhlas antara satu sama lain.Jatuh cinta dengan rakan baik sendiri atau rakan yang dikenali sejak kecil, bukanlah satu isu besar di sini, kerana persahabatan yang ikhlas, tidak mampu digugat kerana persahabatan juga adalah cinta. :)

Sunday, September 26, 2010

Tag from Miss Fatin Cutie.

Tag from Miss Fatin 'Afifah
Name one person who made u laugh last night?


My roommate, cik fatin.



2- What were u doing 1 hour ago?


Makan malam.


3- What was da last thing you said out loud?




Err, x ingat. gelak kot.




4- Where's da next place you're going to?




Duk sini je kot, kat ruang tamu.


5- What was da last thing u paid for?
Nasi putih + tomyam campur + teh o ais limau.




6- Where were u last nite?


Rumah. Home sweet home la katekan.




7- What's da best ice-cream flavour?




Vanilla!


8- Do u wanna cut your hair?




x nak. dh cukupla ni.




9- Do u love to 'melatah'?




Kadang-kadang


10- If that so(melatah), what will u said out loud?
Ya Allah




11- What does da last text-msg received say?




Ibu doakan kejayaan... (pjg la)


12- Will u get married in da future?




InsyaAllah kalau ada jodoh.




13- Do u chew on your straw?




Nope.


14- Do u make-up your own words?




Takde.




15- Is there anyone u like/love right now?




Ada. Ramai.


16- Tag to other 5 bloggers/more
Izzad izhar
abg angkat

lain tatau.