Mimi dan Faris bersahabat sejak kecil lagi, main pasir sama-sama, main masak-masak, main guli, main gasing. Persahabatan mereka dibina sejak dari kecil lagi.
Pada suatu hari setelah lebih kurang 20 tahun selepas itu, Mimi berkata kepada Faris, "Faris, sebenarnya Mimi dah lama sukakan Faris. Faris sukakan Mimi?" Faris terdiam, tak tahu nak cakap apa. Faris sudah lama menganggap Mimi seperti ahli keluarganya. Namun hendak mengatakan tidak, terlalu berat baginya, apatah lagi Mimi sudah seperti adiknya sendiri. Sudah tentu, Faris tidak mahu melihat Mimi menangis kerananya. Sedangkan melihat Mimi menangis kerana terjatuh sewaktu kecil dahulu dia tidak sanggup, apatah lagi jika dia menjadi orang yang akan membuat Mimi menangis dan berduka. Tentu tidak!.Faris ternyata amat menyayangi Mimi yang sudah dianggap adiknya itu.
Cinta, terdapat berbagai-bagai jenis. Ada yang gila, ada yang buta, ada yang sorok-sorok. Cinta itu indah dan juga menyakitkan. Dalam masa yang tidak sampai seminit, perasaan mampu berubah dari gembira menjadi sedih. Kekasih curang, bertengkar, salah pilih baju, lambat jemput, dan macam-macam lagi yang boleh dijadikan sebab. Kisah Mimi dan Faris ini barangkali selalu kita dengar, namun jarang kita bertemu dengan orang seperti Faris. Kerana terlalu sayang kepada Mimi yang telah dianggap adik, dia tidak mampu untuk berterus-terang tentang perasaannya sendiri. Akhirnya, jika dia menerima Mimi dan cuba membalas cinta Mimi, akhirnya mereka berdua yang akan menderita. Saya yakin, walaupun jarang ada orang sebegini, di luar sana, ramai sahaja 'Faris' yang perlu berhadapan dengan perkara yang sama. Mungkin bukan dengan 'Mimi' tetapi dengan kehendak ibu bapanya, terhutang budi dan sebagainya.
Namun bagi 'Faris' di luar sana yang berhadapan dengan situasi seperti yang di atas, anda dinasihatkan berterus-teranglah. Tiada sebab untuk anda tidak berterus terang. Mungkin ya, si 'Mimi' akan gembira,namun ianya hanyalah untuk seketika cuma. Derita yang mahu dielakkan di awal perhubungan dahulu, hanya akan menjadi parah. Mimi itu tidak akan gembira dengan mengetahui bahawa Faris hanya berpura-pura sukakan dirinya. Faris seolah-olah membohonginya, dan atas dasar itu, kepercayaan Mimi kepada Faris akan berkurang, dan akhirnya mereka berpisah. Mereka berpisah, dan menjadi terlalu jauh antara satu sama lain, hinggakan persahabatan yang bertahun-bertahun antara mereka terputus begitu sahaja. Sia-sia sahaja mereka berkawan baik, dan ini berlaku hanya kerana satu punca, iaitu Faris tidak berterus terang akan perasaan sebenarnya.
Jika Faris berterus terang pada Mimi, dan jika persahabatan mereka selama ini benar-benar ikhlas, tiada perkara buruk yang akan berlaku. Mimi, seperti Faris, sudah tentu tidak mahu melihat Faris bersedih, apatah lagi jika kerananya. Saya yakin, Mimi mampu menghadapi situasi tersebut, jika persahabatan mereka benar-benar ikhlas antara satu sama lain.Jatuh cinta dengan rakan baik sendiri atau rakan yang dikenali sejak kecil, bukanlah satu isu besar di sini, kerana persahabatan yang ikhlas, tidak mampu digugat kerana persahabatan juga adalah cinta. :)
wow. nice post! bila awk mengarang ni? :p
ReplyDeleteAku paham situasi Faris... Kalaulah mudah untuk mengatakan tidak...
ReplyDeleteafi: petang tadi, sebelum tido. dapat ilham.
ReplyDeleteizzad: betul2.
ececeh. Izad da ade pengalaman. wekekeke
ReplyDelete