Salam semua. Mesti semua orang terkejut sebab saye buka topik ni. Ha, ape lg, ni la antara topik yg glam di antara banyak2 topik hangat.
2-3 hari ni asyik berangan je. mungkin sbb "love is in the air"? harapnya segala angan-angan cinta tidak berasas ini pudar begitu sahaja.
Oh ye, kenapa kite kata drama cinta? hm... sebenarnya drama kt tv tu semuanya berasaskan kisah benar. (yer saye tau anda-anda sume dah tahu, saje nak menegakkan benang yang basah)<<< apa kes?
dah start merepek.
Ok2.. mcm ni. saya nak ceritakan satu cerita. abah dengan ibu saya hidup bahagia. sudah 21 tahun mereka berkahwin, dan mereka dua-dua orang Melaka. the end.
Err pelik? hehe.. tapi diorang kenal time ibu umur 18, dan abah umur 20. Tapi sebenarnya mereka dah berselisih sejak kecil lagi, cuma mereka tak pernah kenal. Tak caye sudah.. Tapi ni kisah betul, bukan amik idea daripada cerita-cerita romantik tau.
Masa sekola lagi, sebenarnya mereka pernah berjumpa. Mereka naik bas yang sama hari-hari. Perkara ini diketahui, selepas kahwin, apabila, mereka kenal pemandu bas yg sama. (sama juga dgn kes-kes lain di bawah ini)
Pastu, ada majlis kat boys school. Ibu pergi majlis tu (ibunye sekolah girls school). Ibu dengan abah ada di tempat yang sama, tapi x kenal lagi time tu.. siapa tahu in future diorg jd husband and wife, and dapat anak yg comel cam saya ni? hehehe.
Then kawan baik ibu berkawan dengan sepupu abah. Jadi ada satu majlis tu,abah dan ibu ada bersama, tapi x kenal pun (cam bese).
Pada tarikh yang sama (tatau nape diorg leh ingat exact tarikh), diorang nampak meteor yg banyak. boleh plak kan ingat satu-satu tarikh tu. haha.
Dan akhirnya, mereka kenal. mcm mana mereka kenal? sbb adik abah classmate ibu. :P
Kisah ibu dengan bapak mertua plak.
ibu kerja kat satu tempat ni, dan berurusan dengan cikgu2 dan kakitangan awam. Arwah datuk selalu je dtg ofis tempat ibu kerja, ibu pun layan je dengan baik arwah datuk, tanpa mengetahui itu adalah bakal ayah mertua dia.
Ulasan:
Dunia ni kecil je. Siapa sangka, orang yang pernah naik bas dengan kita, ataupun time kite tengah tunggu bas, die pun tengah tunggu bas kt sebelah, adalah bakal suami kita di masa depan? siapa sangka, orang yang naik keta mercedes yang basahkan kita dengan air lecak time hujan adalah bapak mertua kita? Nothing is impossible kan, bahkan semuanya ibarat cerita dongeng.
Jadi pengajaran, korg tgklah kiri kanan korg skarang ni. takpun org yg tgh chat dgn korg skarang. Manelah tahu, ntah-ntah dielah bakal teman hidup korang sampai akhir hayat nanti. :)
p/s: siapalah bakal suami saya. :P :P :P
ahahaha!!~ rumateku. ish2
ReplyDeleteErrr... Ni raihan ke? hahaha.. =p
ReplyDeleteorang yang tak kenal aku betul2, memang akan cakap mcm tu izzad.
ReplyDelete